Monday, January 25, 2010

Whats the matter with USRAH KELUARGA??

wah..cam gempaq aje bunyi nye.
apa yang cuba aku gempaqkan disini heh?!
ini satu persoalan..
dan ini juga ku sediakan jawapan..
nak tunggu anda berpikir, its take toooooooooooooo long ^-^

USRAH KELUARGA
Usrah means keluarga
keluarga means usrah.
Usrah keluarga means keluarga keluarga..errkkk.. apa pulak nih!
**please don`t block my blog because of this** =D

yang cuba dimaksudkan disini adalah usrah bagi sebuah family. iaitu satu perjumpaan yang diadakan bagi sebuah keluarga bagi menyampaikan pendidikan,tempat perbincangan.

Apakah topik yang akan dibentangkan?

Mengikut buku Usrah Keluarga, terdapat 7 bahagian perbincangan iaitu AKIDAH, IBADAT, ADAB-ADAB ISLAM, PENGURUSAN DIRI, PEMAKANAN& KESIHATAN dan TOKOH-TOKOH ISLAM.

Objektif :
1. Bahagian Akidah : supaya ahli jemaah keluarga memahami konsep Uluhiyyah dan Rubbubiyah semenjak dari kanak-kanak lagi.  Juga memahami dan mendalami peri pentingnya Rukun Iman dan cara mengaplikasikan didalam kehidupan seharian. Ibubapa perlu menekankan soal keimanan bagi memantapkan dan mengukuhkan aqidah mereka.

2. Bahagian Ibadah : menanamkan pemahaman tentang konsep ibadah yang sebenar dan melakukan sesuatu kerana  rasa ubudiyyah ( penghambaan ) kepada Al-Khaliq dan seterunya melahirkan peribadi yang sahih ibadahnya.

3. Bahagian Akhlak dan Adab-adab Islam : supaya ahli keluarga berperibadi soleh wa musleh.

4.  Bahagian Pengurusan Diri : memberikan pendidikan tentang cara menguruskan diri,kebersihan diri,rumah, dan ahli yang lain, menguruskan kewangan,menguruskan masa dsb.

5. Bahagian Tokoh : memberikan pendedahan tentang tokoh2 Islam dan sumbangannya. Takdelah anak2 dan ahli keluarga yang lain buta sejarah Islam,celik sejarah Barat. kenal Britney spender spears,david bungkam beckham, beruk brookfields...

Bagaimana Cara Perlaksanaan ?
1. Lakukan seminggu sekali @2 kali seminggu
2. Lantik setiausaha di kalangan anank-anak bagi mencatat minit setiap perjumpaan ( sediakan fail khas untuk Usrah Keluarga ) **
3. Mulakan dengan solat jemaah diikuti dengan bacaan Al-Quran@Mathurat
4. Kata-kata aluan pengerusi/ibubapa/anak remaja
5. Mulakan pengisian berkaitan.
6. Buka ruang perbincangan dan minta pendapat ahli usrah tentang pengisian tadi.
7. Adakan sesi merungkai permasalahan yang ada dikalangan ahli usrah.
8. 'Set'kan perjumpaan berikutnya bersama agihan tugasan.
9. Tangguh majlis dengan Surah Al-Kahfi dan tasbih kifarah.

Perjumpaan ini dilakukan dengan suasana yang formal didalam rumah atau diluar rumah dengan suasana ceria dan harmoni.
* sumber : www.ismaweb.net

Tag kempen kali ini : Mari Berusrah! Usrah ceria,Usrah bahagia.. ^_^

** Untuk anggota keluarga yang masih terbatas, macam kami..=) usrah masih tetap harus diteruskan. cumanya sang suami lah yang akan menjadi sang murabbi nye dan sang isteri menjadi sang mutarabbi..setiap minggu..menadah ilmu dari sang suami hehe

Selamat membentuk Baitulmuslim...chayok..chayok!

No comments:

Post a Comment