Monday, January 25, 2010

Whats the matter with USRAH KELUARGA??

wah..cam gempaq aje bunyi nye.
apa yang cuba aku gempaqkan disini heh?!
ini satu persoalan..
dan ini juga ku sediakan jawapan..
nak tunggu anda berpikir, its take toooooooooooooo long ^-^

USRAH KELUARGA
Usrah means keluarga
keluarga means usrah.
Usrah keluarga means keluarga keluarga..errkkk.. apa pulak nih!
**please don`t block my blog because of this** =D

yang cuba dimaksudkan disini adalah usrah bagi sebuah family. iaitu satu perjumpaan yang diadakan bagi sebuah keluarga bagi menyampaikan pendidikan,tempat perbincangan.

Apakah topik yang akan dibentangkan?

Mengikut buku Usrah Keluarga, terdapat 7 bahagian perbincangan iaitu AKIDAH, IBADAT, ADAB-ADAB ISLAM, PENGURUSAN DIRI, PEMAKANAN& KESIHATAN dan TOKOH-TOKOH ISLAM.

Objektif :
1. Bahagian Akidah : supaya ahli jemaah keluarga memahami konsep Uluhiyyah dan Rubbubiyah semenjak dari kanak-kanak lagi.  Juga memahami dan mendalami peri pentingnya Rukun Iman dan cara mengaplikasikan didalam kehidupan seharian. Ibubapa perlu menekankan soal keimanan bagi memantapkan dan mengukuhkan aqidah mereka.

2. Bahagian Ibadah : menanamkan pemahaman tentang konsep ibadah yang sebenar dan melakukan sesuatu kerana  rasa ubudiyyah ( penghambaan ) kepada Al-Khaliq dan seterunya melahirkan peribadi yang sahih ibadahnya.

3. Bahagian Akhlak dan Adab-adab Islam : supaya ahli keluarga berperibadi soleh wa musleh.

4.  Bahagian Pengurusan Diri : memberikan pendidikan tentang cara menguruskan diri,kebersihan diri,rumah, dan ahli yang lain, menguruskan kewangan,menguruskan masa dsb.

5. Bahagian Tokoh : memberikan pendedahan tentang tokoh2 Islam dan sumbangannya. Takdelah anak2 dan ahli keluarga yang lain buta sejarah Islam,celik sejarah Barat. kenal Britney spender spears,david bungkam beckham, beruk brookfields...

Bagaimana Cara Perlaksanaan ?
1. Lakukan seminggu sekali @2 kali seminggu
2. Lantik setiausaha di kalangan anank-anak bagi mencatat minit setiap perjumpaan ( sediakan fail khas untuk Usrah Keluarga ) **
3. Mulakan dengan solat jemaah diikuti dengan bacaan Al-Quran@Mathurat
4. Kata-kata aluan pengerusi/ibubapa/anak remaja
5. Mulakan pengisian berkaitan.
6. Buka ruang perbincangan dan minta pendapat ahli usrah tentang pengisian tadi.
7. Adakan sesi merungkai permasalahan yang ada dikalangan ahli usrah.
8. 'Set'kan perjumpaan berikutnya bersama agihan tugasan.
9. Tangguh majlis dengan Surah Al-Kahfi dan tasbih kifarah.

Perjumpaan ini dilakukan dengan suasana yang formal didalam rumah atau diluar rumah dengan suasana ceria dan harmoni.
* sumber : www.ismaweb.net

Tag kempen kali ini : Mari Berusrah! Usrah ceria,Usrah bahagia.. ^_^

** Untuk anggota keluarga yang masih terbatas, macam kami..=) usrah masih tetap harus diteruskan. cumanya sang suami lah yang akan menjadi sang murabbi nye dan sang isteri menjadi sang mutarabbi..setiap minggu..menadah ilmu dari sang suami hehe

Selamat membentuk Baitulmuslim...chayok..chayok!

Sunday, January 24, 2010

Perasmian Materi Zaujah

Setelah sekian lama menyepi dari bidang penulisan,aku seorang penulis sambilan untuk blog ini kembali menulis. Terngiang kata-kata sang suami semalam " abang suka baca tulisan sayang ....sayang pun pandai menulis ape.." aku pun termalu-malu kekura disitu. Tak pernah terfikir ada follower rupanya..haissh..
Maka dengan itu, ku pasangkan semangat SEMERAH PADI untuk menulis.
vroomm..Here we go....

Mengapa aku menulis? mengapa aku memilih menjadi penulis sambilan..

Sang suami suka bertanya mengapa,kenapa,dimana,bila bla..bla..bla.. lantas aku pun berlatih menjadi sang penanya supaya aku lebih biasa menjadi sang penjawab untuk suami..( walaupun rimas nak menjawab soalan huhu )

1. sebab utama,kerana aku punyai karakter sukar untuk berbicara. xreti nak explain. tapi aku pandai menulis luahan rasa berkajang2 panjangnya..apakah itu bukti saintifik bahawa
aku spesis yang pandai menulis?  lu pikirlah sendiri..he3

2. aku merasakan bahawa aku mudah belajar dengan apa yang aku tulis berbanding dengan apa yang aku cakap..ini disebabkan masalah penyakit SLDI ( Sindrom Lemah Daya Ingatan ) hu3 suami aku selalu bengang ubi aje dengan 'penyakit' nih. dan apa yang di tulis menjadi bahan rekod. senang nak di refer semula =)

3. menulis merupakan salah satu medium untuk aku meluahkan dan melepaskan segala apa  yang aku rasa,aku fikir. Kalau ketika marah menulis,hasilnya.. kehangatan marah itu akan berkurang. so, aku akan rasional dalam mengendalikan emosi. benarkah begitu? hoho

4. Supaya hasil mahsul ku ini akan menjadi tinggalan buat yang akan ditinggalkan. dan semoga ia menjadi materi yang bermanfaat buat semua..

ermm...rasanya 4 je kot isinya.. =) nanti aku cuba cungkilkan lagi asbab2 yang lain kalau ada..

dan dengan lafaz BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM aku merasmikan blog MATERI ZAUJAH ( bahan zaujah )
>>merasmikan dengan penuh syok sendiri<<

Sekian, terima kasih.

**coretan di hari gaji bulan Januari...
    yippie...dapat pegang duit ngeh3